LNA

Social Studies & Media Agency

COVID-19 : SIRIM hasilkan peralatan PPE untuk klinik kesihatan di Selangor

SHAH ALAM 6 April 2020 – Jabatan Kesihatan Negeri Selangor menerima sumbangan dari SIRIM Berhad semalam di mana sumbangan tersebut berbentuk peralatan perlindungan diri (PPE) yang terdiri daripada alat pelindung muka dan cecair pencuci tangan. Ia bagi membantu petugas perubatan di klinik-klinik kesihatan di sekitar Selangor yang mengendalikan kes virus COVID-19.

Pembuatan alat pelindung muka menggunakan cetakan 3D dihasilkan oleh Pusat Inovasi Perindustrian dalam Pembuatan Pintar, SIRIM (Industrial Centre for Innovation in Smart Manufacturing) yang menggunakan teknologi percetakan 3D, Teknologi Filament Deposition Modeling (FDM) dan Teknologi Selective Laser Sintering (SLS).
Sumber foto : SIRIM

Menurut kenyataan media oleh agensi penyelidikan perindustrian di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) tersebut, penyelidik SIRIM komited untuk mencari penyelesaian bagi membantu pasukan frontliners negara, selain menghargai usaha mereka dan membolehkan frontliners bertugas dengan selamat.

“Sumbangan Kumpulan SIRIM telah disampaikan kepada Ketua Penolong Pengarah, Unit Perolehan & Aset, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Sazatul Faeza Alias, di pejabat berkenaan di sini, hari ini.

Pembuatan alat pelindung muka menggunakan cetakan 3D dihasilkan oleh Pusat Inovasi Perindustrian dalam Pembuatan Pintar, SIRIM (Industrial Centre for Innovation in Smart Manufacturing) yang menggunakan teknologi percetakan 3D, Teknologi Filament Deposition Modeling (FDM) dan Teknologi Selective Laser Sintering (SLS).

Selain klinik-klinik kesihatan di Shah Alam dan Klang, SIRIM turut menyumbang alat pelindung muka di Klinik Kesihatan Sg Selisek, Kuala Kubu Baru dan Klinik Kesihatan Balakong, Selangor; Balai Polis Bandar Baru Bangi, Selangor; Pejabat Kesihatan Barat Daya, Balik Pulau, Pulau Pinang; Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan; dan Hospital Pasir Mas, Kelantan.”

Penyelidik SIRIM komited untuk mencari penyelesaian bagi membantu pasukan frontliners negara, selain menghargai usaha mereka dan membolehkan frontliners bertugas dengan selamat.
Sumber Foto : SIRIM

Meurut SIRIM lagi, pembuatan cecair pencuci tangan yang mengandungi 70 peratus alkohol dihasilkan di kilang kosmetik bertaraf Pensijilan Amalan Pengilangan Baik (GMP) oleh Pusat Penyelidikan Bioteknologi Perindustrian, SIRIM (Industrial Biotechnology Research Centre) yang mematuhi keperluan pengawalseliaan ditetapkan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

“Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac lalu, pusat ini telah menghasilkan lebih 4,000 botol cecair pencuci tangan dan telah diedarkan kepada pembekal untuk kegunaan hospital.

SIRIM melalui Pusat Inovasi Perindustrian dalam Pembuatan Pintar juga membantu menghasilkan Y Splitter for ventilators iaitu komponen untuk kegunaan mesin ventilator yang menggunakan teknologi percetakan 3D.” jelas SIRIM.

LEAVE A RESPONSE

Your email address will not be published. Required fields are marked *