LNA

Social Studies & Media Agency

PENCALONAN ANUGERAH LANGKAWI – KELESTARIAN ALAM SEKITAR 2019/2020.

ANUGERAH LANGKAWI-KELESTARIAN ALAM SEKITAR adalah penghargaan dan penghormatan tertinggi negara kepada individu dan organisasi yang telah memberikan sumbangan tenaga, idea-idea dan tindakan yang signifikan dalam bidang alam sekitar, sama ada dari segi pengurusan, perniagaan, penyelidikan saintifik, akademik, penulisan dan bidang-bidang lain yang berkaitan.

Pengurniaan ANUGERAH LANGKAWI-KELESTARIAN ALAM SEKITAR kepada warganegara Malaysia dan organisasi merupakan program tahunan bagi memperingati Deklarasi Langkawi yang telah ditandatangani oleh Ketua-ketua Negara Komanwel pada tahun 1989.
.
Borang pencalonan, syarat-syarat pencalonan dan kriteria-kriteria penilaian boleh didapati di:


Website: web www.doe.gov.my atau https://enviro2.doe.gov.my/ekmc/ atau
Link: https://bit.ly/3aV5K7H
.
Makluman Penting: Merujuk kepada Perintah Kawalan Pergerakan yang dikenakan sususlan daripada penularan wabak COVID-19 yang menyebabkan penutupan operasi dari 18 Mac – 14 April 2020, maka tempoh maklumbalas Borang Pencalonan Anugerah Langkawi-Kelestarian Alam Sekitar 2019/2020 di panjangkan sehingga 31 Mei 2020.
.
Orang awam atau organisasi yang memenuhi syarat-syarat pencalonan dan kriteria-kriteria penilaian adalah dipelawa untuk mengemukakan pencalonan untuk kategori individu ataupun organisasi.
.
Sebarang pertanyaan dan maklumbalas boleh hubungi:

Puan Nurul Syazreen Bt Razali
Emel: syazreen@doe.gov.my
Tel: 03-88715023

En Mohamad Bahtiar B Mohamad Fahmi
Emel: bahtiar@doe.gov.my
Tel: 03-8871 20166

LEAVE A RESPONSE

Your email address will not be published. Required fields are marked *