LNA

Social Studies & Media Agency

Azmin Ali – Kenyataan Media

1 MAC 2020

Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana perjuangan kami selama satu minggu untuk membentuk sebuah kerajaan baru telah berjaya.

Perjuangan ini melalui saat-saat getirnya namun akhirnya kita mendapat dukungan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat untuk memilih YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-8.

Kami bertekad untuk membentuk sebuah kerajaan yang berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

Kami komited terhadap agenda nasional demi memacu kebangkitan ekonomi, menjamin kemakmuran bersama, memelihara keselamatan dan kedaulatan negara, memperkukuh perpaduan rakyat serta menjayakan reformasi institusi.

Saya mengucapkan tahniah kepada YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin atas mandat yang diberi kepada beliau sebagai Perdana Menteri dan membentuk sebuah kerajaan yang baru. Beliau adalah seorang pemimpin yang berwibawa, berpengalaman serta berintegriti.

YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali
Ahli Parlimen Gombak

LEAVE A RESPONSE

Your email address will not be published. Required fields are marked *