LNA

Social Studies & Media Agency

ERC telah kemukakan laporan interim kepada PM

PUTRAJAYA 13 Januari 2020 – Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihanraya atau Electoral Reform Committee (ERC) telah mengemukakan laporan interim kepada YAB Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya pada hari ini.

Foto Kredit kepada ERC

Menurut ERC di dalam kenyataan media pada hari ini, laporan tersebut terdiri daripada syor-syor yang telah dibentuk sebagai langkah awal dalam urusan penambaikan sistem dan undang-undang pilihanraya.

“Bagi mendapatkan syor dan pandangan umum, sebanyak 21 sesi libat urus telah diadakan di seluruh negara sepanjang 16 bulan yang lalu. Jawatankuasa ini juga ada menerima pandangan dan input dalam bentuk memorandum secara bertulis daripada pelbagai pihak.

Foto Kredit kepada ERC

ERC mengucapkan terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang telah diperlihatkan oleh semua pihak berkepentingan, termasuk parti-parti politik.” kata ERC.

Tambah ERC, sebagai langkah susulan pihak mereka akan mengambil tindakan seterusnya bagi menyediakan satu laporan penuh yang akan dikemukakan kepada YAB Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir selewat-lewatnya bulan Ogos 2020 nanti.

Foto Kredit kepada ERC

Untuk makluman, ERC telah ditubuhkan oleh Kerajaan pada Ogos 2018 bagi mengkaji sistem dan undang-undang pilihanraya yang sedia ada di mana tugas utama ERC adalah mengemukakan cadangan dan syor bagi memastikan pilihanraya di Malaysia dilaksanakan dengan sempurna, mengikut standard yang dicapai oleh negara-negara demokrasi yang maju dan bagi mendapatkan kepercayaan awam sepenuhnya.

LEAVE A RESPONSE

Your email address will not be published. Required fields are marked *