LNA

Social Studies & Media Agency

Kad Laporan MESTECC bagi tempoh Julai 2018 sehingga Disember 2019

PUTRAJAYA 2 Januari 2019 – Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC) pada hari ini menerbitkan dokumen bertajuk Kad Laporan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC) bagi tempoh Julai 2018 sehingga Disember 2019 bagi memaklumkan kepada rakyat di seluruh Malaysia akan pencapaian dan inisiatif oleh MESTECC yang boleh memberi manfaat kepada rakyat.

Isi kandungan di dalam kad laporan tersebut adalah :

Sektor Tenaga

  1. Membatalkan 6 Projek Loji Janakuasa & Menjimatkan RM11.4 Bilion Untuk Pengguna.
  2. Menuntut Tunggakan 10 Tahun Berjumlah RM250 Juta dari IPP Untuk Dimanfaatkan Semula.
  3. Program Subsidi Rebat Bil Elektrik RM40 Kepada 120,000 Keluarga Miskin.
  4. Meluluskan Pemasangan 25,000 Lampu LED di Kawasan Kampung.
  5. Membekalkan Elektrik Kepada 13 Kampung Orang Asli di Pahang.
  6. Memberi Diskaun 20% Bil Elektrik Kepada TASKA Berdaftar.
  7. Memperuntukkan 50 Set Panel Solar Kepada 37 Sekolah, 5 PBT Dan Bangunan Kerajaan yang Lain.
  8. Memperuntukkan 50 Set Panel Solar Kepada 37 Sekolah, 5 PBT Dan Bangunan Kerajaan yang Lain.
  9. Meletakkan Sasaran Baru 20% Tenaga Boleh Baharu (TBB) Dalam Campuran Elektrik Menjelang Tahun 2025.
  10. Menambah baik Polisi Net Energy Metering (NEM).
  11. Menambah baik Polisi Pajakan Solar
  12. Memperluaskan Net Energy Metering (NEM) Ke Sabah.
  13. Menjimatkan RM2.16 Bilion Dengan Pembatalan 389 Projek TBB Non-performing.
  14. Memperkenalkan Sistem e-bidding Dalam Penawaran Kuota Feed-in Tarif.
  15. Menambah baik Syarat Tender Terbuka LSS
  16. Meningkatkan Inisiatif Kecekapan Tenaga
  17. Meningkatkan Daya Saing Industri Bekalan Elektrik Dengan Inisiatif MESI 2.0.
  18. Memulangkan Pengurusan Industri Bekalan Elektrik Ke Negeri Sabah.
  19. Menambah baik Bekalan Elektrik Di Sabah Dengan 50 Projek.

Sektor Sains, Teknologi & Inovasi

  1. Memperbaharui Polisi Perbelanjaan Dana R&D MESTECC.
  2. Mewujudkan Innovation Connect (I-CONNECT).
  3. Membangunkan National Scientific Facilities & Equipment (NSFE) Untuk Perkongsian Kemudahan Saintifik Kerajaan Dengan Pihak Industri
  4. Memperkenalkan Program Researcher-industry Scientific Exchange (RISE).
  5. Membangunkan Malaysia Open Science Platform (MOSP).
  6. Menstruktur Semula Agensi-agensi Dana Teknousahawan Dan Menambahbaik Ekosistem Technology “Start-up”.
  7. Meningkatkan Taraf Hidup Penduduk Luar Bandar Dengan Program Inovasi Sosial Malaysia (MySI).
  8. Melibatkan 2,000,000 Pelajar Dalam Program Minggu Sains Negara Dan Estecc In School Untuk Membudayakan STI Di Kalangan Generasi Muda.
  9. Menggabungkan Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) Dan Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM) Bagi Membentuk Malaysia Space Agency (MySA)

Sektor Alam Sekitar dan Perubahan Iklim

  1. Meningkatkan Penguatkuasaan Akta Kualiti Alam
    Sekeliling 1974.
  2. Menggubal Undang-undang Yang Lebih Ketat Untuk Mengawal Pencemaran Di Malaysia.
  3. Memperkenalkan Pelan Hala Tuju Sifar Penggunaan Plastik Sekali Guna 2018-2030.
  4. Menangani Pencemaran Dan Lambakan Sisa Plastik.
  5. Menahan Operasi 170 Buah Kilang Kitar Semula Plastik.
  6. Menghantar Balik Kontena Sisa Plastik Haram Ke Negara Asal
  7. Malaysia Suarakan Hak Mengenakan Kawalan Ketat Terhadap Pengimportan Sisa Plastik Di Konvensyen Basel.
  8. Menubuhkan Pusat Perubahan Iklim Kebangsaan (MGCC)
  9. Mengoptimumkan Pembiayaan Tindakan Perubahan Iklim Menerusi Kerjasama Pelbagai Pihak.
  10. Menegaskan Pendirian Malaysia Di United Nations Climate Change Conference.
  11. Memperkukuhkan Sektor Industri Hijau Dengan Pembaharuan Skim-skim Pembiayaan.
  12. Melancarkan Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Dan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan.
  13. Peranan Malaysia Hadapi Jerebu Merentasi Sempadan.
  14. 7 Langkah Untuk Memperbaiki Kawalan Kualiti Alam Sekitar Di Pasir Gudang.

Lain-lain & Pengiktirafan Antarabangsa

  1. Menyediakan Suasana Ceria Untuk Warga MESTECC.
  2. Nature’s 10, Top 10 People Who Mattered This Year
  3. Young Global Leaders
  4. Ecologist, 25 Female Climate Leaders Shaping 2019

Kad Laporan tersebut boleh dimuat turun di SINI.

LEAVE A RESPONSE

Your email address will not be published. Required fields are marked *