LNA

Social Studies & Media Agency

Cuaca di negeri Sabah dijangka bertambah baik – MET

PETALING JAYA 24 Disember 2019 – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) pada hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa Amaran Cuaca Waspada yang dikeluarkan pada 3:10 petang, 20 Disember 2019  ditamatkan berikutan dengan keadaan cuaca di negeri Sabah.

“Keadaan cuaca di negeri Sabah (Pantai Barat, Tawau, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat dijangka bertambah baik.

Amaran Cuaca Waspada yang dikeluarkan pada 3:10 petang, 20 Disember 2019 dengan ini ditamatkan.” jelas Ketua Pengarah MET di keyataan tersebut.

Tambah beliau orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web Jabatan Meteorologi Malaysia, www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca dan RakanMET (rakanmet.met.gov.my), facebook:malaysiamet, twitter:@malaysianmet. SMS 15888  atau MMD Hotline di talian 1 300 22 1MET(1638).


LEAVE A RESPONSE

Your email address will not be published. Required fields are marked *